|
|
| Saturday, 21-Nov-2009 06:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penjelasan...
|
|
Assalamualaikum semua..kehidupan kita ini memang tak pernah sunyi dari dugaan Allah SWT. Sebagai manusia biasa dan juga hamba Allah memang kita tidak pernah lari dari diuji. Ujian yang datang tanpa kita duga, samada ianya berat atau ringan.sahaja..sebagai manusia adakala kita kena pasrah dan bersabar dengan ketentuanNya.Kena banyak bersabar kerana sabar adalah senjata orang mukmin setiap kali ditimpa musibah cara yang terbaik hanyalah beristhfar banyak-banyak sambil bermusahabah diri.
Kerana memikirkan ini adalah fotopagesku maka apa yang nak kuluahkan adalah hak aku untuk apa saja yang aku rasa perlu untuk aku zahirkan perasaan ku disini. Memang aku tidak pandai menulis berbasa basi, tulisan di fotopages adakalanya seringkas mungkin..kerana aku suka ayat ringkas dan mudah untuk semua. Kerana memikirkan fp ku ini tidak sahaja dikunjungi oleh kawan2 fp, ada juga dikalangan silent reader yang selalu mengunjunji fp ni..maka aku rasa wajar untuk aku memperbetulkan segala fakta dari aku berdiam diri bila dilemparkan komen yang tak berasas…
Aku menghargai segala komen-komen dan coretan dari teman-teman dan pengunjung yang mengunjungi fp ku ini, terima kasih buat semua yang sudi datang bertandang dan meninggalkan komen-komen anda..
Namun sebagai tuanpunya fp aku berasa berhak untuk membetulkan dan juga menjelaskan apa juga fakta supaya orang lain tidak terlalu mudah meletakkan persepsi buruk mereka keatas seseorang tanpa menyelidiki sepenuhnya fakta yang dikemukakan..
Banyak orang lebih terpengaruh mendengar cerita dari “hear say” mengenai sesuatu cerita dari memahami apa yang sebenarnya terjadi..ini sangat bahaya kerana jika selalu mendengar fakta yang belum tentu benarnya maka kita akan selalu tengelam dalam persepsi buruk sendiri terhadap sesuatu benda.
Sudah menjadi sifatku untuk tidak sekali-sekali judge sesorang dari kulit, kerana aku tahu manusia ni berbeda luaran dan dalaman..begitu juga setiap komen yang dilemparkan..aku selalunya kan mengkaji terlebih dahulu..jangan menghukum sebelum terbukti bersalah…masalahnya orang kita suka menghukum dahulu sebelum benar-benar terbukti bersalah..
Lagi satu jika nak memberi komen terhadap seseorang biarlah perkara tu spesifik dan juga realistic..apa tu spesifik?..dan apa itu realistic?..ok disini aku ceritakan serba sedikit..baru-baru ini aku menerima komen dari seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai CD, yang pasti CD menggunakan nama samaran untuk menulis komen di fp ku ini..bermula dari komen yang agak sinikal..berbunyi seolah-olah terperanjat dengan harga cistat ku…ok aku masih boleh menerimanya dan berusaha menjawab komen tersebut dengan cara berhemah..selepas tu katanya lagi..kat kedai tempat aku jual murah ja..dia pun buat dari pure butter anchor brand gak macam yang awak buat dan juga penuh dgn cheese…ambik untung sikit ja..nak berniaga ni kena ikhlas…ada lagi ayat-ayat ni tapi ini adalah antara ayat-ayat yang sangat terkesan dilubuk sanubariku..apa pandangan anda tentang komen ini?? jika anda semua rasa..ikhlaskah komen orang seperti CD terhadap aku?....atau sengaja bermaksud tidak baik terhadap aku?… menasihatkan aku supaya bersifat ikhlas padahal diri sendiri pun tidak ikhlas memberi komen..jika betul CD ni ikhlas kenapa mesti meletakkan nama samaran di komen tu?..kenapa tidak dedahkan nama sendiri, nama kedai dan lokasi kepada ku supaya aku boleh untuk pergi buat survey..???kenapa tidak nyatakan secara spesifik untuk aku pergi melihat sendiri???…ayuh jika nak memberi komen yang membina biarlah komen itu bersifat rasional dan realistic….jangan hanya boleh berkata eh kat situ lagi murah..kat sinun pun lagi murah…tapi hakikatnya kosong…ini bukannya jenaka yang boleh dibuat main..ini bersangkutan dengan maruah seseorang…..jika pun tidak berpuas hati kenapa mesti nak menghentam ..puaskah hati kita??? , wajarkah perbuatan kita seperti itu??..aduhhh…
Aduhai…tahukah anda diluar sana bahawa sebelum meletakkan harga untuk sesuatu produk, aku rasa tiap orang yang berniaga seperti aku akan membuat costing dan juga survey..ini adalah untuk mengimbangi harga kita berada sama dengan yang orang lain jual…setelah berpuas hati yang range harga kita berada sama seperti orang lain maka harga itulah yang akan diputuskan…ini yang selalu aku praktiskan dan aku pelajari dari sifu-sifuku dan juga kawan-kawan ku..sebelum aku meletakkan harga cistat tu aku telah bertanya dengan KDC dan juga zanaz…kedua-dua meraka pun meletakkan harga yang sama seperti size cistat yang aku jual…jadi aku tidak merasakan yang aku terlebih dari segi harga..
Selama 2 tahun aku terjun dalam bidang ni, inilah kali pertama aku terima komen seperti ini. Bukan aku pinta pujian dari semua pelanggan ku…cukuplah dengan sokongan yang aku terima sudah memadai buat untuk aku teruskan perjuangan dalam bidang ini…jika anda semua perasan ,tidak pernah sekali pun aku meletakkan sms pujian dari customerku..kerana aku merasakan tidak elok untuk aku menceritakan difp sendiri..takut dikatakan syok sendiri dan riak..biarlah hanya aku yang tahu .....
Sebagai manusia aku masih boleh menerima komen2 yang membina tapi biarlah ianya realistic dan juga spesifik…aku juga tidak mudah melatah hanya kerana ni…malah nasihat, kata-kata perangsang dan sorongan dari teman-teman dan customerku lebih menguatkan keazaman dalam diri untuk terus m,enghasilkan produk yang halal dan terbaik untuk sesama muslim kita….jika kita asyik menghentam sampai bila pun kita tidak akan maju…hanya pembuat kek seperti aku yang mengerti pahit getir perjuangan biz kecil seperti ini..apa pun yang pasti aku perlu untuk menjawab dan menjelaskan perkara yang sebenar…terima kasih buat semua kerana meluangkan masa membaca coretan ini..
TERKINI MENGENAI KELAS:-
NOV
15hb Nov - kelas basic cupcakes DAN KELAS FONDANT CUPCAKES - FULL
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - FULL
DEC
6hb Dis - Kelas Demo Cheesecake - dibuka atas permintaan - OPEN(sila booking tempat anda)
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
20hb Dis - Kelas basic cupcakes - OPEN
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes - OPEN
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap maklum
|
|
|
|
| Monday, 16-Nov-2009 23:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cupcakes Fondant..door gift wedding..
|
|
...Salam semua, beberapa tempahan sepanjang minggu ini... walaupun sibuk namun Alhamdullilah semuanya dapat disempurnakan...
Edible cupcakes yang ditempah oleh Lili untuk anak saudaranya di Bertam Indah
Order dari repeat customer Adila Penang untuk adiknya Elfrina..Happy Birthday ya..
..Tempahan 1500pcs door gift wedding dari Syafiza Seberang Jaya untuk majlis perkahwinan adiknya baru-baru ni, Terima kasih syafiza diatas tempahan.Maaf kak ana tak dapat nak pegi ke majlis tu..dorr gift yang ada print nama pengantin..Syariffudin dan Durrati...
Fondant cupcakes bertema hijau, tempahan dari Jihan...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Nov-2009 22:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edible pic..pilihan kini..
|
|
...Assalamualaikum...terkini dan terhangat ...gambar edible menjadi pilihan kebanyakan orang yang menempah cupcakes maupun kek.. selain itu kerja jadi mudah buat pembuat kek seperti kami ni . Tapi harus diingat disini ya jika ingain menempah gambar seperti ini, kualiti gambar bergantung kepada gambar yang diantar ya..jika hasil gambar cantik dan terang maka edible juga akan ikut seperti tu..
jika anda tercari-cari siapakah yang membuat edible ini dikawasan utara maka anda boleh menghubungi Siti Hajar ditalian 019-5778544
TERKINI MENGENAI KELAS:-
NOV
15hb Nov - kelas basic cupcakes DAN KELAS FONDANT CUPCAKES - FULL
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - FULL
DEC
6hb Dis - Kelas Demo Cheesecake - dibuka atas permintaan - OPEN(sila booking tempat anda)
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
20hb Dis - Kelas basic cupcakes - OPEN
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes - OPEN
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Nov-2009 11:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tersilap date....huhuhu...
|
|
....salam semua...ni kes tersilap date oder la..Athirah customerku..bakal graduan cikgu menempah 2 biji kek choc moist rose ganache dan stoberi untuk majlis pertunangan beliau..dan juga 100pcs cuppies door gift. Majlis pada 5hb Disember..tapi aku pula tersilap tulis kat kalendar...tertulis kat kalender Nov..so mmg ler buat on 5hb Nov tu...huhuhu..mmg la nak kena makan gingko dah nampaknya...bukan takat emel..siap kami berym cemana la aku boleh tersangka tarikh tempahan 5hb Nov huhuhu.. nak jadi cerita..pada hari tu dok heran gak naper la si Athirah ni tak call-call nk ambik segala tempahan dia tu..ana pun call dia remindkan dia suh amik kek tu.."Eh kak....saya nak 5hb Disember la..majlis saya tu bulan 12. .huhuhu..la ni saya kat Melaka lagi ...adussss alamak biar betui ...hahahah mmg ler dah tersalah la ni..aduhai...hihihi..tak pe jgn panik wahai cik ana..sik baik ada cadangan dari kawan suh buat fast sale...Alhamdullilah 100pcs cuppies telah diambil oleh 2 org customer tetap di ofis ku..thanks Zura dan Ayu..Athirah pula berhajat nak ambil juga kek choc moist tu..tak pa kak esok saya balik saya singgah umah kak dan amik kek tu..kebetulan saya memang nak balik kampung...huhuhu thanks athirah...jika tak jenuh la nak makan kek-kek tu..yang stoberi tu memang dah jadi idaman anak-anak ku..maka selamattttt.... ok athirah nanti 5hb Disember ya..fp sengal pulak hari ni..slow melow betui ..siput pun tak slow macam ni..
TERKINI MENGENAI KELAS:-
NOV
15hb Nov - kelas basic cupcakes DAN KELAS FONDANT CUPCAKES - FULL
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - FULL
DEC
6hb Dis - Kelas Demo Cheesecake - dibuka atas permintaan - OPEN(sila booking tempat anda)
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
20hb Dis - Kelas basic cupcakes - OPEN
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes - OPEN
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Nov-2009 13:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
kelas cupcakes fondant...& CMC rose ganache Taiping..
|
|
....Salam semua,antara hasil-hasil kelas fondant cupcakes baru-baru ni,kelas dihadiri oleh bekas pelajar basic dan juga pelajar baru. Antara yg hadir Lizuan dari Perlis,satu-satunya pelajar lelaki( dah dua kali attend kelas kak ana thanks Lizuan, bapa kepada seorang anak yg sangat meminati bidang baking dan dekorasi dan dah mula mengambil tempahan ..lepas ni berhajat nak join kelas variety baking cupcakes, ok tunggu ya akak set date nanti..lain-lain pelajar terdiri dari Izzan dan Sham(juga bekas pelajar basic), Dr. Noreha dan juga Kak Minah(bekas pelajar cheesecake)..terima kasih untuk semua..ana doakan semoga kalian berjaya hendaknya..
...1hb Nov, Ahad kelas kek coklat rose ganache bertempat di Banglo Puan Yati kat Taiping Resort..rasanya ini adalah kali ke empat ana turun mengajar di Taiping..Terima kasih Puan Yati yang tak jemu-jemu mengko-ordinasi kelas-kelas disana.. Antara yang hadir juga adalah terdiri dari bekas-bekas pelajar yang penah join kelas baking, fondant dan cookies kat sana...Disebabkan rumah beliau besar jadi kelas dapat dijalankan dengan selesa w/pun ramai yang join... . Untuk Puan Yati,jutaan terima kasih kerana mengundang ana ke sana..semoga kita bertemu lagi dilain kelas...kelas berjalan dari pagi hingga ke petang..so kelas pun habis awal maka kami dapat ler bergambar beramai-ramai...tak macam selalu..berebut semua nak balik...
..Untuk kelas hands on ni memang ana galak semua student buat sendiri, dari cara melepa kek, membuat ganache dan juga membuat bunga rose sendiri..masing-masing rasa teruja dan mencabar buat rose ni...namun dengan hasil tunjuk ajar ..Alhamdullilah masing-masing dapat buat sendiri bunga rose tu...syabas buat semua ya..jika nak tau tiada sekuntum pun bunga dari hasil ana..semuanya adalah dari hasil tangan mereka sendiri.... . ok mari kita lihat hasil mereka...
..dari kiri Hajar,Kak Bibah, Cikgu Zamilah, Cikgu Liza, Puan Yati, Cikgu Maznah, Fida dan Syikin...bergambar ramai-ramai didepan kek masing-masing..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Nov-2009 00:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Belated B'day Kak Rinnchan..
|
|
|
 |
|
from melaka mama's
|
|
|
...Assalamualaikum semua, ......Tempahan dari dua mama melaka, mamaZ dan mama FM untuk kak Rinnchan, bila dapat ja tau nak kena buat untuk sifu masakan mula la rasa segan plak..alamak dia lagi terrer masak ..kalo takat kapis aku tu dia tk heran punya hehehe...mmg rasa berat gak tapi dh tersanggup plak kat mamaZ nak wat belated cuppies birthday buat kak rinnchan. hmm tak per redah jer la noo..tak sedap bagitau ya kak rinn...and Happy belated birthday to kak rinn ya..hmm special delivery ke SP tau, kebetulan en hubby juga on off day maka leh la jadi driver kita sat.....dapek juga ana gi umah kak rinn hehehe..tak sangka gak noo..setelah pusing masuk keluar lorong taman tu ana akhirnya jumpa juga pokok sukun depan umah dia..memang tak salah lagi dah hehehe...inilah umah dia sebab tau depan umah kak rinn tu ada pokok sukun.
...Kak rinn menyambut kedatangan kami bertiga(bersama si haziq) dengan mesranya..masih seperti dulu keramahan dan tawanya...hihihi...masuk ja umah dia..macam-macam dah terhidang kat meja..fuhhh kak rinn ni rajin sungguh dia...kami bersembang tk renti-renti bagai bertahun tak jumpa..bersembang sambil makan mee goreng, muffin pandan dan bingka roti berkismis...sayangnya kamera plak tk bawa huhuhu ...marisa pulak cepat jer mesra dgn haziq..habis semua drum anak kak rinn dia main...apa pun terima kasih diatas layanan kak rinn buat kami bertiga..semoga berjumpa kembali ya...untuk kak rinn happy belated birthday ya..ana doakan semoga dipanjangkan umur dan sukses dengan projek besar tu Buat melaka mamas thanks a lot kerana menempah....lain tahun tempah la lagik ahaksss..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Nov-2009 03:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kimia Malaysia 100 years anniversary
|
|
....Salam semua, selamat bertemu kembali. Maaf fotopages tak berupdate gambar baru, gara-gara komputerku diserang virus huhuhuh nak kena bawak pi re -format..macem-macem ler masalahnya..aduhai..banyak gambar yg tk diupload...banyak emel dapat dibalas... Maaf berbanyak andai terlambat reply emel ya..ok marikita jamu mata dengan kek..
..Oder dari Afiza untuk sambutan 100 tahun anniversary Kimia Malaysia..thanks fiza diatas kepercayaan dan sokongan tu...kek edible logo Kimia Malaysia ni seberat 7 kg, coklat moist cake..ini lah kek yang paling erat ana penah buat..nak bakar pun kene guna loyang 15", itu ler loyang yg paling besar sesuai dgn oven ku yg cinonet tu...bila dh besar ..nak kena cari kotak besar la pulak ye dak..hahahah sik baik kotak besar tu dapat ku beli di Yummie, Bangi...kalo kat Penang ni tak tau kat mana nk cari..ada ke kedai bakeri jual kotak besar macam tu..? . Terima kasih fiza diatas oder ini....so sapa-sapa yg nak oder kek macam ni sila kan..
..Coklat moist kek rose ganache..tempahan dari Yanti...
..Cupcakes edible tempahan dari Norsiah untuk anak saudaranya..Memem..Happy Birthday Memem..
..edible cupcakes..
..tempahan marisa untuk buahnya ya ayie..thanks yer ris..ni adalah kali kedua ris menempah..
..tempahan dari Munir untuk anak Aqil..thanks munir and happy birthday aqil..minat sangat ya dgn upin dan ipin ni..
..Kek BEN 10, tempahan dari Hani yg dok di Changkat Jering, kebetulan balik kampung so kek dapat lah diantar ke Taiping...belated birthday buat anaknya afiq..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Oct-2009 23:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Updates jadual kelas
|
|
..Salam semua, nak update sedikit pasal kelas-kelas di Elianas Homemade. Berikut adalah tarikh-tarikh kelas yang akan diadakan. Saya Juga mendapat banyak pertanyaan mengenai kelas-kelas baking kek yang lain. Jika ada yang hendak belajar secara personal boleh lah menghubungi saya ya, untuk pengetahuan anda, saya boleh jalankan kelas-kelas personal ni pada hari bekerja juga seperti hari isnin, selasa dan rabu.Jika ada yang berminat sila hubungi saya ya di talian 019-4741363.
ok disini adalah jadual kelas
17hb oct - kelas CMC rose ganache - COMPLETED
18hb oct - kelas demo cheese cake - baked and non bake - COMPLETED
25hb oct - kelas fondant cupcakes - COMPLETED
NOV
1hb Nov - Kelas CMC rose ganache - FULL
8hb Nov - kelas basic cupcakes- hands on - FULL
15hb Nov - kelas basic cupcakes- hands on - seat STILL available
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - FULL
DEC
6hb Dis - Kelas basic cupcakes -OPEN
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
20hb Dis - Kelas basic cupcakes - OPEN
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes - OPEN
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Oct-2009 00:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selingan....
|
|
...Assalamualaikum...agak lama tidak melihat gambar-gambar lain selain dari gambar kek yang selalu menghiasi laman fotopages..itu lah asalnya foto di fp ku ini adalah hasil rakaman dari lensa kamera kecilku..tapi setelah terjun ke dunia baking ini..maka semua telah diambil alih oleh kek-kek komersialku ..sesekali memang rindu nak snap gambar-gambar lain..namun keterbatasan masa tidak dapat aku merealisasikan...
..Namun ini ku titipkan juga rakaman dari anak sulung ku..Nadhirah...yang sangat meminati bidang fotografi...dia sangat meminati bidang fotograpi...penah dia meminta agar dibelikan kamera SLR untuk dia...nak kamera canggih tapi kalau tak tau guna nak buat apa?kata ku.....ala boleh belajar la mama...ok nanti mama antarlah Nad belajar dengan kawan mama tu..auntie Hus...demikian usul dia pula..nanti nak kena tanya auntie Hus dulu ok..ok mari kita lihat hasil Nadhirah dari lensa kamera cikai ku...
ice blended yang dibuat oleh Nadhirah...
..gambar serangga dikawasan rumah ku...
..inilah permata hatiku dan suami...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Oct-2009 16:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar kelas rose ganache dan demo cheesecake
|
|
...salam semua...ni ada gambar sekitar kelas kek coklat moist rose ganache - hands on dan juga kelas demo ciskek...untuk makluman jadula kelas sila ke entry schedule kelas ya...
...Untuk kelas CMC rose ganache ni dihadiri oleh Linn dari Alor Setar, Kak Rosdina dari Kepala Batas, Ana dari Taman Seri Serdang, Miza dari Manjung, Alawiah dan Rafidah dari Kulim. Kelas bermula pukul 2pm dan berakhir hinggalah ke jam 7.30pm. Kesemua hasil yang ditunjukkan disini adalah hasil dari deko mereka sendiri, tiada sekuntum pun bunga dari tangan ana... bermula dari cara melepa kek, membuat ganache, menuang topping, seterusnya membuat bunga, border adalah hasil dari tangan mereka sendiri.. . Ana mahukan mereka sendiri tahu bagaimana caranya.
...Membuat kuntuman rose memang mencabar, tapi InsyaAllah dengan method yang betul, rose akan terhasil walaupun banyak yang kene reject, tapi mereka tidka putus asa, masing-masing tekun mencuba sehinggalah mendapat rose yang cantik. Sebagai pengajar pula, ana pula sibuk berjalan kesana-sini, pergi ke setiap orang untuk memastikan mereka mendapatkan cara yang betul, hati akan terasa puas jika segala ilmu dicurahkan...namun apa-apa pun ianya terletak pada diri sendiri juga, untuk dapatkan skill kene rajin praktis ya..jangan mudah mengalah..kerja deko adalah seni lepas kelas memang kene buat...
...Alhamdulillah masing-masing dapat menyempurnakan kuntuman rose masing-masing,jangan tak tau ada dikalangan student ni semua adalah orang baru dalam dunia deko,zero knowledge..itulah hari pertama dia memegang nozel..namun jangan terkejut...dialah orang pertama yang pass buat rose..
Untuk demo kelas ciskek pulak, ana tunjukkan cara membuat cheesecake jenis baked dan non-baked. Student akan dapat 4 jenis demo dan satu resipi bonus...kelas yang santai dan habis sekitar jam 6 petang..Untuk yang berminat mengikuti kelas-kelas ini, sila booking tempat anda dgn menhubungi ana ditalian 019-4741363.
ok disini adalah jadual kelas
17hb oct - kelas CMC rose ganache - COMPLETED
18hb oct - kelas demo cheese cake - baked and non bake - COMPLETED
25hb oct - kelas fondant cupcakes - ONE more seat still available
NOV
1hb Nov - Kelas CMC rose ganache - FULL
8hb Nov - kelas basic cupcakes- hands on - FULL
15hb Nov - kelas fondant cupcakes - hands on - seat available
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - seat available
DEC
6hb Dis - Kelas basic cupcakes
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache
20hb Dis - Kelas basic cupcakes
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap Maklum. Terima kasih..
|
|
|
|