By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Mar-2010 13:16 Email | Share | | Bookmark
Kelas Stim BC

hasil Fara
milik semua
hasil Feeza
View all 6 photos...
....Assalamualaikum semua,gambar hasil kerjatangan student kelas steam buttercream...kelas kali dihadiri oleh bekas student Feeza, Suraya dan Farah...sementara student baru ialah Fara, yang baru berhijrah dari KL ke Parit Buntar...bekas-bekas student tak nak pula gambar mereka disiarkan..student baru tak de masalah hehehe..jadi sebagai menghormati permintaan mereka maka gambar- gambar mereka tidak akan disiarkan disini...

...Fara memberitahu yang dia tidak pandai membuat bunga rose dan tidak pernah membuat bunga rose dari bc..selalunya suaminya yang tolong buatkan jika ada tempahan untuk bunga rose...disebabkan teruja nak belajar bunga rose maka kek dia penuh dengan bunga-bungaan rose tu..ana ajarkan dia membuat bunga rose ala pecah-pecah..lihat lah keindahan taman bunga milik Fara nie...cantik kan...

...Feeza pulak ana cadangkan agar dia buat design cornelli...jadi untuk kelas ni juga ditunjukan cara bagaimana membuat cornelli...design bunga rose pula ana ajar buat dari nozel yang bersize kecil..saja nak tengok bunga rose yang cute-cute...Feeza juga tiada masalah kerana mungkin dah selalu pegang nozel..Feeza ditemani anak daranya Batrisya...

...Su, sedikit kekok membuat bunga rose..mungkin sebab tak penah dan tak biasa membuatnya..ana juga ajarkan sue membuat bunga 5 kelopak...jangan risau ya sue, balik praktis lagi..InsyaAllah lama-lama boleh buat...ingat pesan akak ya..kene rajin untuk dapatkan skil tu...

..Terakhir hari dari Farah, ibu muda yang rajin belajar mendeko..ini adalah kelas yang ketiga...Farah cakap kek ni nak diberikan sebagai hantaran untuk majlis adiknya nanti...Farah juga begitu asyik membuat rose..hingga dia tak sedar yang rose dia tu dah sama banyak dengan Fara- Parit Buntar....

ok semua student ana yang disayangi..terima kasih kerana sudi belajar dengan ana....

Bagi sesiapa yang meminati teknik stim buttercream ni boleh la menghubungi ana untuk kelas di bulan April nanti..InsyaAllah akan ana kongsikan ilmu bagaimana mendapatkan steam BC yang halus, mulus dan putih gebu seperti ni....sangat sesuai dan tahan cuaca panas...


milik Fara..

milik Suraya...

milik semua...

milik Feeza...

Ni pula milik Farah ..kali ketiga attend my class...

info mengenai kelas

Quote:
19hb Mac- Kelas FONDANT KEK - one more seat
20hb Mac - Kelas Basic cupcakes - FULL
21hb Mac- Kelas birthday cake- cartoon artwork -OPEN - Fee RM 200(new student). Diskaun for ex student!!

APRIL

9hb April - Terbuka kepada sebarang request kelas persendirian
10hb April - Kelas Basic Cupcakes(Pagi)/Fondant cupcakes(Petang) - OPEN for registration
11hb April - Kelas CMC Rose Ganache - OPEN for registration

18hb April - Kelas cheesecake/tart - hands on - OPEN for registration

23hb April - Terbuka kepada sebarang request kelas persendirian
24hb April - Kelas Fondant cupcakes - OPEN for registration
25hb April - Kelas Birthday cakes - OPEN for registration


Wednesday, 10-Mar-2010 16:14 Email | Share | | Bookmark
Cc fondant- Merah Hitam/CMC Rose Ganache

 
 
 
View all 4 photos...
.....Salam semua, jom jamu mata..


....Kak Ida, tauke butik pengantin di Bertam Kiosk meminta ana buat fondant cuppies untuk customernya..kenal dengan kak ida ni melalui Nadhirah..anak kak ida ni bersahabat baik dan satu sekolah dengan Nad..bila dia selalu jamu kawannya dengan kek-kek yang ana buat....maka anak kak ida ni pulak dok promote kat mama dia...hehehe thanks kak ida..ini adalah tempahan yang kedua dari kak ida..walaupun odernya agak sikit tp rasa x ler renyah dan penat membuatnya...ermm ok jugak la oder kuantiti sikit-sikit ni untuk orang yg buat part time macam ana ni..kejap jer leh siap..ermm gambo ambik lam kotak..tak sempat dah sebab nak gi deliver kat kak ida...so snap apa yg patut jer la..x pasti nak wat design apa..tp kak ida nak merah dan itam..so pusing2 ni ler design yg terlintas dikepala...


...Tempahan ni dari Cikgu Syafiqa...Syafiqa menempah seawal 2 bulan sebelum majlis dia...hahahah...kek dia juga ana tersilap buat...ingatkan bulan nie..rupanya bulan depan..so bulan lepas dah buat kek kat dia...hihihi sik baik ada customer lain nak kek tuh...so kali nie memang betul la date nya...alahai kalo selalu camni jenuh jugak kan...asyik tersalah date yo....

ok inginkan anda mempelajari cara bagaimana membuat rose ganache yang mekar dan cantik seperti ni?..juga inginkan anda mempelajari cara membuat topping CMC yang licin dan berkilat seperti ini?..juga inginkan anda tahu bagaimana membuat CMC yang tidak perlu deko border diatasnya serta juga tanpa meletakkan choc rice dikeliling kek?..jika anda berkeinginan hendak mempelajari skil ini sila hubungi ana untuk kelas deco CMC rose ganache dan toppingnya...boleh sms dan call ya untuk kelas ini...[img]

Quote:
MIN- SAT HANG NOOO...KAK NI BERANGAN NAK JADI KAYA TAK KAYA-KAYA GAK MACAM HANG TU. HANG TU BOLEH LA TOKEI BESAR


Monday, 8-Mar-2010 14:17 Email | Share | | Bookmark
Kelas Personal(Private) - Farah dan Syima

Farah dan anaknya
begitu tekun mendeko diboard
Farah dan hasilnay..CMC rose ganache..
View all 8 photos...






...salam semua..sedikit update tentang kelas kali nie..ramai yang bertanya apa itu kelas personal?..hehehe sebenarnya kelas personal ni adalah kelas persendirian-maknanya student boleh request nak belajar apa saja sama baking atau pun deko..selalu kelas macam ni berlangsung satu hari....dan selalunya student akan ambil lebih dari satu module. Kelas begini hanya saya jalankan pada hari weekdays sahaja..untuk kelas pada hari minggu hanya kelas berkumpulan.
..Tapi kali ni ada permintaan dari Syima Manjung, yang book dengan saya awal-awal lagi..heheh Syima seorang pendidik jadi sukar bagi dia nak datang on weekdays..jadi memikirkan dia yang susah payah datang dari jauh dan juga berminat nak belajar banyak module maka saya buatkan juga kelas untuknya...dengan bayaran yang sama dengan kelas biasa..tiada bayaran extra untuk kelas persendirian...yang untungnya kelas macam ni student dapat belajar seorang diri dan one to one kelas...
...Syima ni rajin menuntut ilmu,banyak tempat jugak dia dah pergi...untuk syima selamat maju jaya ya...semoga sukses didalam bidang ni...terima kasih juga datang menuntut ya..sebab seawal 6.30pagi dah bertoalk dari umahnya di Manjung tu..
..Beralih kepada Farah pula, ibu muda yang baru saja tamat tempoh berpantang..Farah dah penah datang untuk kelas ciskek dan tart..kali ni kelas special untuk Farah..hehehe ana pula ke rumah dia mengajar....kebetulan masa pergi ke INTEL untuk kelas team building kat sana...terlanjur dah seberangi penang bridge tu maka plan tu jadi pegi mengajar kat umah Farah pulak...Farah nak belajar CMC rose ganache...
Farah juga mengambil tempahan secara kecil-kecilan ditempat kerja...ibu muda yang sangat rajin dan berkebolehan ni..rupanya pandai membuat teh tarik dan nescafe...rasa macam minum kat kedai mamak la pulak..selamat maju jaya juga buat Farah dan semoga impian menjadi kenyataan ya...
..Terima kasih buat kedua nya...

berikut adalah update kelas terkini:-

Quote:
12hb Mac-Kelas personal - kelas Steam buttercream -FULL - Fee RM 200
13hb Mac- Kelas hands on Cheesecake dan tart - FULL
14hb Mac-Kelas Birthday Cake - RM 200(new student). Diskaun for ex student!! -OPEN

19hb Mac- Kelas personal - terbuka untuk sebarang request - OPEN
20hb Mac - Kelas Basic cupcakes - FULL
21hb Mac- Kelas birthday cake- cartoon artwork -OPEN - Fee RM 200(new student). Diskaun for ex student!!



Sebarang pertanyaan mengenai kelas boleh la call/sms ana ditlaian 019-4741363 atau emel jer..terima kasih

Quote:
Meen- tq meen...amin..amin..jika diizinkan Allah dan dipermudahkan..InsyaAllah..boleh satu hari nanti...


Sunday, 7-Mar-2010 01:26 Email | Share | | Bookmark
Jemputan Intel - Kelas Deko kek

 
 
 
View all 19 photos...




.....Salam semua, baru-baru ni dapat jemputan dari Mr KT Lee, Intel Kulim minta ajarkan kelas deko untuk team building department. Lokasi tempat pula bertempat di Intel Penang iaitu di cafeteria PG 12. Memang rasa teruja sangat rasanya..ye la tak penah lagi mengajar seramai 30 orang..selalu ajar dalam 4-5 orang macam tu ja..Alhamdullilah..misi dapat dilaksanakan...kelas berlangsung di cafeteria PG12....masing-masing team member teruja dan begitu bersungguh-sungguh menyiapkan deko kek kumpulan masing-masing...jangan tak tau team member lelaki paling menyerlah nampaknya hehehe...selepas kumpulan masing-masing selesai mendeko kek masing-masing..ana pula kena jadi judge nak menentukan pemenang..apa pun xtvt hari tu sangat santai dan fun...terima kasih buat KT Lee, koordinator untuk program ini....semoga bertemu dilain kelas ya...InsyaAllah jika ada rezeki lagi..

berikut adalah kelas-kelas yang seterusnya...berminat?sila hubungi ana ya...tq

12hb Mac-Kelas personal - kelas Steam buttercream -FULL Fee RM 200
13hb Mac- Kelas hands on Cheesecake dan tart - OPEN
14hb Mac-Kelas Birthday Cake - RM 200(new student). Diskaun for ex student!! -OPEN

19hb Mac- Kelas personal - terbuka untuk sebarang request - OPEN
20hb Mac - Kelas Basic cupcakes -OPEN Fee RM 150
21hb Mac- Kelas birthday cake- cartoon artwork -OPEN - Fee RM 200(new student). Diskaun for ex student!!



Saturday, 6-Mar-2010 15:39 Email | Share | | Bookmark
Tempahan

 
 
 
View all 10 photos...








.....Salam beberapa tempahan yang diterima..ada juga beberapa gambar yang tak sempat disnap...terima kasih semua buat customerku...

Quote:
Hai anna, cuppies tempahan mak anna yang no 1 dan no2 tu, cuppies bc dan fondant putih/biege kaler tu..


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net