By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-May-2010 15:48 Email | Share | | Bookmark
Kelas-kelas sepanjang mggu lepas..

hasil Zaisweet
lagi hasil sifu Zai
fondant cupcakes
View all 8 photos...


...Hasil dari Zaisweet, juga sifu kek dari Kota Damansara..Zai balik ipoh dan datang belajar..tqvm ya zai..

..kelas fondant cupcakes..kak hasnah, Kak Puan dan Kak Hanim..dari Batu Maung, Penang..semua ex-student except for Kak Hanim..



..Ini pula hasil kelas cmc yg juga dihadiri oleh pembaker tegar Cikgu Nisa, Kak Ta dan Kak Aini- Manjung...tqvm ya semua...

Quote:
fiedza - kak dah emel ya, pls check ya.tq..
khairin- ok boleh, pls email details ya..


Tuesday, 11-May-2010 03:29 Email | Share | | Bookmark
Jawapan kepada komen

Assalamualaikum para pengunjung fotopage Ana yang amat Ana hargai...

Terima kasih yang tidak terhingga di atas kunjungan kalian sekelian ke fotopage Ana walaupun fotopage ini tidaklah seistimewa mana. Ana terpanggil untuk membuat entry ini setelah terbaca teguran dari Inapunyacuppies yang berbunyi....

"Salam Ana....saya ni tabik spring dengan kebolehan Ana, syukur Ana dianugerahkan kebijaksanaan oleh Allah tapi jangan la sampai riak hingga tidak mahu menjawab komen-komen di sini...Kalau orang ada masa untuk melawat fp Ana, maka Ana juga kena ada masa untuk menjawab komen-komen orang,kan? Sekadar penghargaan dan terima kasih atas sokongan....Saya dah baca 2-3 komen peminat yang lain yang juga menegur sikap Ana tapi cepat saja Ana delete....jangan macam tu....Kawan-kawan tu penyokong dan juga "iklan maya" pada bisnes Ana....Harap-harap teguran ini tak pula membuat Ana melenting sewaktu ada seseorang menegur tentang harga tart dulu, ya.....Saya mengikuti fp Ana sejak September tahun lepas dan banyak kali tinggal komen, tapi tak berjawab....tapi saya still follow jugak....Sekadar menegur dan melontarkan apa yang tersirat dengan ikhlas... "


Izinkan Ana menerangkan duduk perkara sebenar supaya tiada lagi yang bersalah anggap terhadap Ana. Walaupun adakalanya terasa juga kesedihan di hati kerana disalah anggap, tapi Ana tetap hargai segala komen yang membina.

Ana adalah seorang isteri dan ibu, seorang pekerja dan juga seorang pengusaha kek kecil-kecilan di rumah. Jadi masa yang ada, harus dibahagikan dengan sebijak mungkin di antara ketiga-tiga tugasan ini menyebabkan masa untuk mengadap komputer amat terhad. Di pejabat, penggunaan internet dipantau oleh syarikat dan Ana tidak mahu prestasi kerja Ana terjejas kerana sebab tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya ada kesempatan, Ana akan melawati semula, mana-mana visitor yang ada meninggalkan link mereka di fotopage Ana. Dan keutamaan diberikan kepada soalan-soalan yang memerlukan jawapan dari Ana.

Jadi, Ana amat berharap kalian semua dapat memahami situasi Ana. Komen-komen membina dari anda semua amat Ana hargai. Tetapi andaikata terdapat niat tidak baik di sebalik komen-komen anda, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Sekian, semoga hidup kita semua sentiasa dalam keberkatan dan di dalam peliharaan Allah sepanjang masa. Amin...

Quote:
Untuk pengetahuan Puan Inapunyacuppies, saya dah tahu siapa diri anda yang berselindung disebalik nama samaran itu, Syukur, Alhamdullilah..Allah telah menolong saya dalam pencarian mencari siapa anda...sungguh saya tidak menyangka sama sekali saya sangat-sangat mengenali anda!!....namun tidak mengapa......dunia adalah pentas sementara untuk setiap hambaNya....dan saya pula hanya seorang hamba Allah yang sama-sama menumpang diatas muka bumi ini...sampai saat dan ketika semua kita tetap kembali menemui Pencipta kita....saya tetap akan doakan kesejahteraan hidup yang terbaik buat anda....saya serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui...


Quote:
Bukan inapunyacuppies. MasyaAllah...saya rasa baik awak beristigfar banyak-banyak....tak perlu saya nak panjang-panjangkan hal ni...HUS tu kawan saya Husnidar ...kawan karib saya...dan semua kawan-kawan yg bagi komen tu adalah kawan-kawan yg mengenali saya...tak perlu saya nak revealkan disini previous komen dan link awak..kerana dari IP no anda memang boleh kesan siapa diri awak.....saya redha dengan apa yang terjadi kerana saya tahu Allah menciptakan segala sukma keburukan dan kebaikan, beruntung bagi yang mensucikannya dan merugi bagi yang mengotorinya...SubhanaAllah...


Monday, 10-May-2010 14:07 Email | Share | | Bookmark
2 tiers steam BC wedding cakes..& tempahan..

 
cmc
carrot and nut cuppies
View all 9 photos...

..kek ni ditempah oleh bekas studentku Bibi Shahrina utk majlis perkahwinan sedaranya di Pmtg Pauh..Steam BC tema kaler purple dan pink...


50pcs carrot cupakes with nuts- ditempah oleh Lee Saw Li- tqvm ya..

..tempahan nurin Penang..tqvm too..

cmc edible dari Diyana utk ayah tersayang..

..tempahan dari syima- cupcakeswithloves alor setar..utk ibunya yang tersayang...tqvm ya syima..



Sunday, 9-May-2010 16:52 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Ibu...


..Assalamualaikum...entry khas sempena hari ibu...selamat hari ibu buat semua ibu-ibu ya..semoga menjadi ibu yang terbaik di dunia dan diakhirat...InsyaAllah...
...Selamat hari ibu juga buat ibu mertuaku Puan Hajjah Salmiah binti Mohd Said..dan juga buat arwah ibuku Puan Soffiah binti Hj Othman...terima kasih buat keduanya yang banyak berjasa dalam hidupku...
.....Arwah ibu pergi terlalu awal..diketika usia yg masih muda juga ..iaitu ketika umurnya 39 tahun...ibuku meninggal hampir 22 tahun yg lalu kerana sakit kanser pangkal rahim.....tak puas rasanya bermanja dan menumpang kasih ibu..ibu telah pergi selama-lamanya meniggalkan kami berenam beradik...kenangan bersama ibu semasa hayatnya tak dapat kulupakan...namun kini..aku sudah tidak mempunyai ibu lagi...kerinduan terhadap ibu selalu menjengah....semoga roh ibu dicucuri Allah swt...

...namun setelah berumahtangga aku dikurniakan seorang lagi ibu..iaitu ibu mertua..ibu mertua juga umpama ibu sendiri...kasih sayangnya murni seputih salju....ibu mertua juga tempatku menumpang kasih...ibu tempatku meminta panduan hidup dan tunjuk ajar..ibu mertua tempat aku megadu masalah dan ibu mertua juga byk memberi peransang dalam apa jua minat ku....ibu mertua juga banyak megajar hal-hal masak didapur...terima kasih Ya Allah diatas kurniaanMu...terima kasih mak diatas segala kasih sayang dan jasa baik mak terhadap kami sekeluarga...tak terbalas rasanya jasa mak...jasa mak sentiasa mengiring perjalanan hidup kami....budi mak sentiasa akan kami kenang...mak sentiasa ada ketika kami didalam kesusahan ..mak juga tempat kami merujuk masalah..Ya Allah Ya Rahman...engkau berikanlah kesihatan yang baik untuk ibu mertuaku...kau dilindungilah dia didunia dan diakhirat...

...banyak pergorbanan yg ibu mertua curahkan kepadaku..masih teringat ibu juga sanggup menjagaku ketika didalam pantang..memasak segala makanan orang berpantang..membakar tungku untukku saban hari...menjaga aku sebaik mungkin didalam pantang..tidak membenarkan aku membasuh hatta sebiji pinggan pun ketika aku didalam pantang..hampir kesemua anak-anak yg kulahirkan dijaga ibu ketika aku berpantang...masih ku ingat ketika kami menghadapi kesusahan maid lari..semasa anakku masih bayi...ibulah datang menghulurkan tangan membantu menjaga anak-anak ku...ibu sanggup tinggalkan rumahnya dikampung dan menetap bersama kami....walaupun ibu ketika tu sudah mengalami berbagai penyakit...namun dengan sedikit kudrat yang beliau ada beliau tampilkan diri memberi pertolongan...memang besar pergorbanan ibu mertuaku...ibu juga menjaga dan memberi kasih sayang buat cucu-cucunya..ibu juga yang mengajarkan anak-anakku mengaji dan mengenal Al- Quran...tak terbalas rasanya semua jasa ibu .... jika diberi peluang aku ingin sekali membalas jasa ibu...kini ibu telah uzur..diketika usianya mejengah 73 tahun ibu mengidap berbagai penyakit kronik menyebabkan ibu tidak lagi dapat bergerak jauh..ibu juga akan menjalani pembedahan membuang batu hempedu bulan depan....semoga ibu berjaya menghadapi pembedahan dan kembali pulih...kini dihari ini ingin aku ucapkan....terima kasih mak, terima kasih segalanya .......bagiku ibu mertua umpama ibu sendiri..sayangi dan hargai lah mereka sementara hayat mereka masih ada...InsyaAllah segala kebaikan yang kita berikan akan berganda dibalas oleh Allah SWT...selamat hari ibu mak...


Wednesday, 5-May-2010 14:08 Email | Share | | Bookmark
Entry tanpa kek...

bun manis..
gebu tak?..
multi grain bread..
View all 4 photos...
...Salam semua pengunjung fp ku...hari ni jamu mata dengan roti-roti pulak yer...tiada cerita kek atau deko-deko. walaupun ada banyak gbr kek nak masuk tapi bagi laluan dulu la kat roti ni hehehe... agak lama tak buat roti..tapi sejak anak-anak selalu minta buatkan maka tak sampai hati plak aku menolaknya..mungkin depa pun jemu agaknya tiap hari makan roti gardenia...
...aku pulak sejak dua menjak ada mixer heavy duty yang baru...maka rajin la buat roti sebab tak penat heheh campak-campak dan biarkan dia bekerja tak sampai 7 minit semuanya siap...ehhehe tapi masa nk tunggu proof tu lama la jugak...tapi tak pa biar lambat asal anak-anak ku suka homemade bread ni...resipi nanti ya aku share...la ni tgh malas nak taip la pulak...


bun manis kesukaan anak-anakku...

gebusss...

...yang ni plak multi grain bread....satu loaf yg siap ku potong sendiri...bawak gi ofis..time bekfas...Alhamdullilah....ramai pulak teman-teman yg suka bila dan rasa ...ye la 'healthy bread' siap depa buat tempahan la pulak.....

..tempahan untuk teman-teman ofis...thank you...nanti nak buat healthy bread yg lain plak..

..berikut adalah jadual kelas..bulan ni banyak hal yg nak kena buat, maaf ada limited kelas sahaja...maaf kepada yg bertanya pasal kelas..InsyaAllah jika tiada aral melintang nantikanupdate dari masa ke semasa...tq

7hb - terbuka kepada sebarang request untuk kelas personal - sila hubungi utk details ya
8hb - Pagi - kelas fondant cupcakes - 9am till selesai
Petang - kelas basic cupcakes - 2.30pm till selesai

12hb -terbuka kepada sebarang request kelas personal
13hb - booked

17hb - kelas cookies
18hb - Open untuk sebarang request kelas personal

21hb - terbuka kepada sebarang kelas personal
22hb - kelas stim bc
23hb - kelas cmc rose ganache


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net