Want your
own Fotopage?






 


By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 05:46 Email | Share | Bookmark
Apam Jagung Kukus

tgh nak kukus
tara... dah masak
comey dan gebu...
lagik..
tiga sekawan...
hmmm...
APAM JAGUNG KUKUS
Sumber : Rinnchan
Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri
Kismis hitam utk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan
mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan
menggunakan spatula.
5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya
air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis hitam dan
kukus selama 15minit.
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

malam tadi ana wat apam kukus jagung ni....Alhamdullilah menjadi . Terima kasih kak rinn kerana sudi share resipi yang nice ni. Anak2 pun suka...dapat bawa bekal lagi gi sekolah...la ni mama dah rajin wat bekfas kat depa sbb dapat byk resipi yang best dari geng fp nie...kalau tak asik nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng dan apa2 yang goreng jer..apam ni lagi senang malam kukus dah ready to take away esoknya. Pagi2 cuma panaskan balik kukusan tu senang kan...wat benda makan yang kukus nie... Resipi ana copy and paste jer dari fp beliau....Once again, a million and zillion TQ to kak rinn for your great recipe



Quote

Rinnchan : TQ juga wat kak rinn sbb sudi share resipi ni...
mamasya : Try ler wat...apam ni senang je...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net