By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Aug-2007 11:26 Email | Share | Bookmark
Laksa Tumis...

ualam-ulaman
dah siap...
yummy2
Jom makan laksa....hari ni teringin sangat nak makan laksa. Ni pasal ofismate ana la ni. Baru2 ni dia wat laksa masa birthday bash anaknya. Nina kata one of the menu on that day....Laksa kuah tumis...laksa tomehhh??...tak penah makan dan dengaq pun. Dia kata sedapp...even photogapher KC tu pun mention sedap jadi ni mesti sedap ni... Dia dah bawa mai ofis tapi hari tu ana MC la pulak.....jadi tak dak rezeki la nak rasa. . Selalu ana wat laksa penang/kedah jer......sekali sekala ada wat style chinese Pasai dah tak tahan nak cuba ana pun risik2 la kat dia apa bahan dia buh lam laksa nie... . Memang lain bahan dia....sbb ada masukkan hirisan nenas tu...Ana pun main tibai jer ingredients tu...rasa...hmmm memang yummy......

Nak cuba ni la resepi cara tibai ana ni...

KUAH

1 kati ikan sardin aka ikan curut( Ikan selayang kot....kalau kat tempat len)
2 labu bwg besar
sedikit bawang merah aka bwg kecil
belacan
2 btg serai
sedikit lengkuas
cili kering lam 15 biji- agak2 la ikut kepedasan sendiri
hirisan nenas
garam
air asam jawa
asam keping - 5 keping

ulam-ulamam
Daun salad- di hiris halus
daun pudina- dihiris halus
Nenas - dihiris kecil and nipis
cili hidup atau cili padi
bawang besar - dihiris
limau nipis
timun
bunga kantan - dihiris halus
Laksa basah


CARA
1. Ikan direbus hingga masak. Asingkan isi dan tulang. Air rebusan jgn buang.
2. Kisar bahan untuk kuah. Kisar bwg besar, kecil, serai dan lengkuas.
3. Panaskan minyak.Tumiskan bahan bawang hingga naik bau. Then baru masukkan cili yang dikisar bersama belacan tu..
4. Masukkan cili kisar dan goreng hingga hilang bau cabai dan masak(naik minyak). Then masukkan air asam jawa. Masak hingga sebati.
5. Kisar isi ikan dan tuang lam air rebusan ikan tadi.
6. Masukkan bahan tumis dan beberapa hirisan nenas dan bunga kantan(belah empat)
7. Campurkan bahan yang ditumis tu bersama2 beberapa hirisan nenas dan asam keping.
8. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
9. Masak kuah hingga mendidih then masukkan sedikit daun pudina...

kalau suka boleh makan ngan otak udang(buat pes).

Quote:
Quote :

Ida :- Betui kak ida klu dah laksa cemana wat pun jd sedap
mieza :- Thanks sudi mai umah kak ana. Tu la cari2 resipi tu ada sebenarnya lam simpanan, tp x konfident nak wat lagi
mamafami :- kalau malas senang jer mama guna 'ikan kurung' jer..... (Ikan sardin lam tin) jadi gak laksa tu nanti...
Nina : - Thanks 4 the recipe...mmg mabeles...juai kat anak2 dah ler nampaknya.
Madiha : - Jom la wat...anak ana Nadirah kata kuah versi ni lagi sedapp..
Nur : - Betui tu Nur...
Yah : - Laksa ni semua org suka yek...ana ni nak gak wat laksa negeri2 lain...sbb mmg suka makan laksa tapi takut org2 yg kat umah tu tak sentuh pulak klu nmp lain...
kak tun : - Ala kak tun nak ajak mai makan jauh sgt tu...jamu mata kat sini dah ler yea...
Hajar : - amacam hajar ana tukar ngan lasagna hajar tu...mesti bestkan...
kak roy : Laksa S'pore pun best gak kan...
mamasya : belum cuba belum tau...dah cuba nak wat lagi hehehe
Nabia :- mmg menarik....cuba la mesti terangkat punya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net