Want your
own Fotopage?



















 


By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Oct-2007 15:02 Email | Share | Bookmark
Nasi Daging Utara

Nasi daging
boleh makan ngan sup daging gak
air asam
Untuk mamasya...ni resipi Nasi Daging Utara ...cubalah kalau sudi...

1 kilo daging...dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi...bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi...
1/2 cawan susu cair...
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira - rempah ni mmg susah nak dapat...tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah...mesti ada punya...kalau x ada tak yah masuk
sedikit gula batu dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

Bahan tumis :-

4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk

1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.



Quote:
mamasya : Try ler mesti nak buat lagi nnt

Lee Lin : salam Lee Lin, Thx 4 coming. Boleh gak nak makan dgn kari ke rendang ke...makan saja po sodapp

tq Ana kerana kongsi resepi nasi daging ni....
mesti sudi mencubanya,nampakpun sedap ni sbb makan dgn air asam dan sup.....
Wed 24-Oct-2007 01:15
Posted by:mamasya  - [Link]
salam... rasanya nak cuba lah nasi daging ni di satu hari yang indah nanti
kalau makan dgn kari sedap tak gaknya? tapi tgk bahan, rasanya mkn mcm tu je dah syookkk!!
Fri 26-Oct-2007 05:32
Posted by:Lee Lin  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.