By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Nov-2007 11:45 Email | Share | Bookmark
Tempahan Pertama Birthday Cake

Kek utk Daniel
close up kek besday Haikal
Brownie
 
Donut...
 
Hari Ahad 18hb Nov, Ana terima tempahan dari teman ofis untuk kek besday anaknya Daniel 2 tahun. Mulanya Norsiah tempah untuk anaknya Daniel jer....sekali last minute dia minta buatkan lagi satu biji untuk anak sedaranya Haikal yang kebetulan sambutan birthday party mereka di buat hari yang sama. Jadi Ana kena la buat 2 biji kek. Kedua-duanya kek coklat moist. Bila ingat kek coklat kalau buh deco icing cam tak kena la pulak. Mesti kena buh coklat baru ngam kan....Jadi untuk topping kek tu ana buat bancuhan coklat ganache. Ni la first time Ana terima tempahan untuk kek besday. Selalu untuk sedara mara tempah untuk makan tu ada la...tapi yg tu tak yah la nak deco2 kan.. Terima kasih Norsiah kerana percayakan Ana ni. Ni la hasilnya kerastangan Ana. Kek tu dah ok cuma deco tu ingat kena la improve lagi kan. Nak kena gi intensif kursus untuk deco cake then baru la boleh try deco macam2 ye tak

Apa pun ni permulaan untuk Ana untuk melangkah ke depan.... Jangan korang gelak pulak tau...ni hasil org yg tak penah gi belajar deco secara formal....
Ana juga buat Coklat Brownie yang ditempah oleh seorang lagi teman. Ana juga buat donut untuk dibawa kerumah Norsiah pada hari tu. Mula ingat nak celup coklat kat donut tu tapi tak sempat la sebab running of time.Kelam-kabut gak sebab nak buat semua tu...rasa cam banyak la pulak.

Kek untuk Daniel dan Brownie tu dah siap bakar malam. Tinggal nak deco jer...esoknya. Tapi kek untuk Haikal belum siap lagi. Alamak sempat ka aku ni...mmg bangun awal... pukul 5 pagi dah bangun sbb hubby kena keja awal hari tu. Pas solat subuh....maid Ana pun tak bangun lagi Ana dah siap keluarkan apa yang patut untuk deco kek tu. Mula-mula buat wording nama tu...kena cairkan white coklat then masukkan lam fridge untuk bagi beku...pastu keluarkan balik buat la...sbb huruf A kena buat banyak....uiihh teruk gak tu...Lepas dah abis kena gi pasar pulak sbb stok dah tak de lam fridge. Terlupa gak hari tu anak Ana si Nasreen dan Naheeda ada majlis Iftifhal Sekolah Pasti kat Dewan Sg Dua. Lepas hantar dorang tu pukul 7.30am Ana cepat pecut gi Carrefour....bayangkan sampai kat sana belum pun pukul 8 am lagi....orang yang pertama la kita ni mama kata Nadhirah. Mama kena rush ni sbb balik nak kena buat deco kek dan buat kek lagi sebiji.

Dah habis beli groceries dah dekat pukul 9.30am. Sampai umah terus start buat deco sbb jap lagi budak berdua kat sekolah tu dah pesan suh gi tengok depa kat Dewan tu pulak. Hai penat-penat terkejar sana sini. Mmg dah pesan kat depa berdua mama tak dapat pi tengok depa. tapi depa pulak dok asik calling2 kacau....Si Naheeda dan Nasreen dah merajuk sbb dia kata tahun lepas dia tak ambil bahagian tahun ni dia masuk jadi mama kena pergi jugak la. Ok la mama pergi la....jam 11am tiba kat dewan...punya la banyak org...tak sangka Sekolah Pasti ni ramai gak pelajar dia. Tapi bila dah sampai Naheeda kata dia dah buat persembahan...tinggal Nasreen jer dekat penutup Majlis baru turn dia....mama kena balik la cam tu sbb nak kena buatkan kek lagi satu kalau tidak tak sempat nanti...Balik pulak kat umah sambung balik kerja-kerja tu...Maid ana kata tulisan atas kek tu cantik la. Betui ka ...atau saja2 nak puji ni...tuptup pukul 1.30pm derang suh gi amik. Keluar pulak lagi...hai-hai letih-letih pi balik pi balik.... Lunch pun tak masak untuk hari tu ...tapi nasib baik ada rezeki...sekolah dia buat kenduri nasi minyak ngan gulai daging dah siap pek untuk bagi kat murid dan parents. Dah tu boleh amik berapa banyak kita nak pulak....ha apalagi ana angkut la...maybe buat banyak kot... Fuh...lega...kalau tak nampak makan nasi lauk goreng telur jer la tengah hari tu....

Alamak nak cerita panjang tak larat la...anyway minta mahap berbanyak la kat Norsiah sbb terlambat sampai ke Majlis Besday anaknya tu...majlis dah bermula kek besday tak sampai lagi...Finally ana reached umah dia pukul 4pm...walau pun sebenarnya undangan tu start pukul 3 pm....Ampun ya Norsiah dan buat semua orang tertunggu-tunggu kek besday ni......

Quote:
kamalina : ala deco budak baru merangkak...
mamafami : ala ma, kalau mama buka tempahan mesti ramai yang serbu tu...
hajar : InsyaAllah....doa-doakan lah yer
masriyah : Amin....semoga kata-katamu menjadi kenyataan
diba : thx diba...ana teringin nak jadi cam diba gak satu hari nnt...
mamasya : ala deco simple2 jer tu...
zanaz70 : thax zana. tu la hasil kerastangan ku itu...Hopefully in future...sikit2 leh lembut lagi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net