By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Jan-2008 01:39 Email | Share | Bookmark
Sweet Bun Dough

Doh tengah naik ni...
dah siap masak ...
dua tiga biji dah hilang...hehehehe
Entah angin apa yang melanda, tiba-tiba nak meroti la pulak. Ni gara-gara lepas ronda tengok roti bun kat fp Kak Tun aka Boxhousesstudio dan juga maklang tu la. Angin baik dah berjangkit Selepas bake cookies untuk kawan order tu, tangan ni terus jer capai bahan-bahan yg ada kat dapur tu. Nak buat dah lama tapi takut tak jadi pulak nanti. Ala dok ingat lam hati kalau tak jadi pun bukan aku nak jamu orangkan Jamu orang kat lam rumah ni jer. Bila dah tengok doh tengah naik....walla... syioknya...Dah siap glazing ngan butter...bawa pi bagi "food tester" rasa....hilang la 2-3 biji untuk rasa hehehehe roti naik gebu dan lembut..... Resipi ambil dari sapa lagi kalau bukan dari cik puan pakar roti Mamafami. Thank you mama, sebab bagi tips nak kilatkan bun tu dan cara simpan supaya kekal lembut. Pasni boleh la menguli selalu
Sweet bun ni memang dah manis. Tapi Ana saja-saja ler gatai tangan gi letak potato flake kat atasnya.
Resipi seperti kat bawah ni, copy paste dari fp mamafami.

Sweet Bun Dough
sumber : Nina

A
500 gm tepung high protein
1 sudu teh bread improver - optional
50 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
10 gm instant yeast
100 gm gula castor
1 biji telur
220 ml air

B
75 gm butter

Bahan A dicampur bersama dan diputar hingga sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli selama beberapa minit hingga semua sebati.

Kemudian masukkan butter dan putar lagi atau uli hingga doh menjadi elastik bila ditarik. Bulatkan doh dan diperam di dalam tempat tertutup sehingga ia naik 2 kali ganda. Doh yg elok adalah bila ditekan dengan jari, ia tidak turun (ia meninggalkan lubang yg kekal bila ditekan).

Doh yg telah diperam tadi dikeluarkan ditumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Kemudian boleh dibentuk2 mengikut sesuka hati. Setelah dibentuk, sebaiknya peram lagi sehingga ia naik sekali ganda dari bentuk asal. Kemudian, barulah boleh dibakar pada suhu 180'C selama 20 minit - 30 minit.

Petua nak roti berkilat pula : Selepas keluar dari oven cepat-cepat sapu butter atas roti...hasilnya roti berkilat cantik dan untuk kekal lembut takmasuk angin roti tu...simpan dalam bekas kedap udara. Sekian terima kasih



Quote:
Tina: Tima kasih sudi jamah...lenkali kalau angin rajin mai, ana bawa lagi jamu geng....

Elna uzir: Nice your butik...semua ada...

mamafami: Ana dah bg award tu...mmg dah boleh dapat title tu...

anna: tgk anna pun agree with me...

srsfeqah:

mak lang: Ye mak lang, saja gatai tangan belah kat atas nak buh potato flake...kunun--kunun la

rita&kids: mmg nak join ni...

elle_labelle:- salam elle...thx for coming. Roti tak merekah sebenarnya...Ana gunting kat tengah tu...

kamalina: cuba la aimi, lagu pueh buat sendiri...

Linda@anna: jgn terlioq naa...

chepah: ada BM lagi ler senang keja...

mamasya: mmg sedap...x sedar hilang 2-3 biji dah...

Nur: nak bagi gebu...teknik kena betul...jgn derhaka kat resipi...itu petuanya.....heheheh ala nur boleh punya la...

Hajar: cuba la...Hajar mesti bole punya....

madiha: Madiha pun dah wat kan...

nabis:

zanaz:

Edoras: Thx Bro...really appreciate it...

kak tun : thc kak tun, dah pi lari ambik dah...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net