By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Feb-2008 01:34 Email | Share | Bookmark
Mixed Fruit Loaf

...buat roti ni...ikut resipi lam fp mamafami...saja gatal gi tambah campuran buah-buah kering....roti tak putih sangat sebab dah campur ngan dry mixed fruit tu. Tapi roti tetap gebus dan sedap...
So, kalo sapa-sapa tak suka mixed fruit tu boleh omit menda tu...ni versi modified sikit
FP 'gelong' hari ni gambar takleh upload...dah try banyak kali....
Resipi copy & paste malas nak tulis....


ROTI PUTIH

Bahan-bahan :

250 g tepung
2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil bread improver
15 g gula
1 sudu kecil garam
13g shortening
160 ml air
1 kotak kecil mixed fruit - yg ni Ana tambah...tapi guna 1/2 jer takut jap gi anak ku buang semua segala buah dan kismis tu...depa tak suka...

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung, bread improver dan garam ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan gula, yis kering dan shortening dan ramaskan hingga seperti breadcrumbs.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh yang lembut dan elastik terbentuk.
3. Keluarkan dari mangkuk pengadun dan bulatkan doh. Tutupkan dengan kain lembab atau balutkan di dalam beg plastik yang bersih. Biarkan naik sekali ganda saiz asal.
4. Griskan loyang roti dengan shortening atau majerin.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan dan susun di dalam loyang roti. Biarkan naik sekali ganda.
6. Sapukan dengan telur yang dipukul sedikit (mama tak sapu roti dengan telur) dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 hingga 30 minit. Sebaik keluar dari ketuhar, mama sapukan di atasnya dengan majerin.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net