By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Feb-2008 02:10 Email | Share | Bookmark
Pulut Lemak Serunding

 
...baru-baru buat pulut lemak inti serunding....teringin nak makan....tapi lepas makan mula la mata pun rasa berat jer nak tido...

Pulut Lemak Serunding
sumber : Majalah Masakan...tapi dah lupo la pulak...

Bahan-bahannya
2 cawan beras pulut(direndam semalaman)
60 gm santan - ikut korang la...kalo suka lemak...leh tambah lagi santan pekat tau...takmo yg cair...
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Bahan Kisar
200gm ikan bilis
1 biji bawang besar
1 inci lengkuas
2 biji cili padi
cili kering - yg ni Ana tambah nak bagi merah sikit(agak-agak)
1 inci kunyit hidup
1 cawan kelapa parut - asingkan jgn kisar sekali
4 sudu besar minyak masak

Cara-caranya

1. Bersihkan beras pulut dan kukus bersama daun pandan sehingga lembut
2. Kemudian gaulkan pulut dengan santan.

Intinya:

1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan masukkan kelapa
garam dan gula secukup rasa
2. Masak hingga kering dgn api yg sederhana




Quote:
Kepada semua kawan-kwan fp yang dikasihi...disini Ana ingin memohon maaf kerana dah beberapa entry ni Ana tak dapt nak menjwab komen-komen kalian. Sekarang ni kritikal sangat sibuk...masa membataskan Ana untuk menjawab segala komen kalian...tapi Ana tetap juga akan berkunjung ke rumah anda dan tinggalkan komen-komen disitu...semoga jalinan ukhwah di alam maya ni akan berkekalan...Harap Maaf...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net