...Selamat Hari Bapa buat ayahanda Ana...Haji Abdul Raman bin Ismail dan juga buat suami Mohamed Elias Zulkifli bin Haji Yahaya.Jua untuk semua bapa-bapa di seluruh dunia ni. Entry ini adalah untuk dedikasi buat ayahandaku yang disanjungi dan dihormati.
Fakta tentang Bapaku:-
1. Bapaku adalah seorang bapa tunggal yang kematian isteri sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ibuku meninggal dunia disebabkan penyakit kanser cervix. Usia ibu ketika meninggal dunia 39 tahun dan bapa ketika tu 44 tahun.
2. Sejak kematian ibu 20 tahun yg lalu, bapa lah yg bersendirian membesarkan kami 6 beradik.
3. Tidak mahu berkahwin lagi setelah kematian ibu dengan alasan tidak mahu anak-anak putus kasih sayang jika beliau beristeri baru.
4. Kaya dengan sifat keibuan dan kebapaan dalam diri beliau. Sehingga kini beliau akan memastikan jika pergi kemana-mana makanan untuk makan pagi, tengahari dan malam akan tersedia untuk adik-adikku...walaupun dah beberapa kali diberitahu bahawa adik-adikku bukan lah budak kecil lagi tapi naluri dia tetap mengambil berat tentang makan pakai mereka
5. Pernah diajak tinggal bersama tapi menolak dengan alasan lebih selesa mendiami rumah sendiri, lagipun sekarang bapa menjaga ibu beliau yg juga uzur iaitu nenekku.
6. Sifat beliau suka mengemas rumah...tak suka tengok rumah kotor dan sampah dibuang merata tempat..mungkin ini disiplin dari tentera kot...
7. Boleh memasak sendiri menu seperti nasi ayam, nasi daging dan bihun sup utara eh sedap tau kalo bapa masak semua tu....
8. Sangat menyayangi arwah ibu...ketika beliau arwah sakit dan terlantar di hospital selama berbulan-bulan tidak penah sehari pun beliau tidak datang melawat ibu...
9. Sangat tabah bila mengetahui yang penyakit ibu tidak dapat diselamatkan lagi... . Beliau tetap menjaga ibu hingga ke akhir hayat. Tidak dapat melupakan kenangan bersama arwah ibu...sehingga selepas beberapa bulan ibu pergi..beliau masih mengekalkan bilik dan barang2 ibu tidak terusik....
10. Sangat tegas terhadap kami tentang pelajaran dan didikan agama...ketika kecil beliau agak garang...tetapi bila kami dah meningkat dewasa beliau menjadi seperti kawan kepada kami...kami boleh bersembang tentang apa saja topik maupun masalah
11. Setelah kematian ibu , hubunganku dgn bapa bertambah rapat kerana kami boleh berkongsi masalah dan faham dua tugas yang terpaksa beliau pikul...
12. Kalau salah satu adik beradik kami yang sakit dimasukkan ke wad beliau sanggup tidur di hospital menunggu, ada gak lucunya...ketika adikku bersalin pun dia nak menemani adik di wad w/pun sebenarnya peraturan menetapkan tidak boleh hehehehe...sik baik adik bersalin di hospital swasta.
13. Dapat menunaikan haji pada tahun lepas...Alhamdullillah...syukur...
14. Sangat menyokong dan merupakan pendorong paling kuat terhadap apa jua minat ku di dalam dunia baking....hehehehe...jgn tak tau beliau boleh tolong menjenguk anak-anakku ketika ketiada ku pergi menuntut ilmu baking ni...
15. Kini menghabiskan usia emas dengan mengikuti kelas-kelas agama dan mengaji. Semoga Allah memberi kesempatan untuk aku terus berbakti dan berjasa kepada satu insan yang disayangi...Hargailah masa-masa kita bersama mereka...sesibuk mana pun kita baliklah menjenguk mereka. Kalau mereka sudah tiada lagi didunia kita akan menyesal akan peluang itu.Benarlah kasih ibu itu membawa ke syurga tapi Kasih bapa sepanjang masa.........
...itu la serba sedikit tentang bapa Ana...Harapan Ana semoga bapa diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur oleh Allah swt...ok jom kita jamu mata sedikit dengan kek-kek hari bapa ni.....
Quote:
Terima kasih kawan-kawan semua diatas ucapan selamat hari bapa buat ayahanda Ana..Ana juga telah sampaikan salam kalian juga yg berkirim salam buatnya...Abah lak macam terkejut..tapi Ana kat kata abah dah femes dah kat my fp hehehehe....dan dia pulak berkirim salam kembali kepada anda semua...
memula nak komen pasal cake...tu diaaaaa. banyak sungguh la kek cekelat! geram okeh tengok hat leleh-leleh tu
akak, saya pun mcm mamafami, syahdu je baca entry akak ni. saya doakan semoga abah akak sentiasa dikurniakan kesihatan olehNYA. besar sungguh pengorbanan abah akak ni....tak kawin kerana kasihkan anak. ada orang tanah isteri masih merah dah carik pengganti.
sampaikan salam kakak pada ayah ana...akak doakan dia diberi ALLAH kesihatan yang cemerlang dan sentiasa berbahagia di samping anak menantu dan cucu cucu kesayangannya...tugas kita berdoalah selalu untuk mereka semoga mereka terus beruntung di dunia dan juga di akhirat....tahniah ana...terharu akak mendengar cerita ana ne...alhamdulillah...
terusik naluri seorang anak terhadap bapa bila membaca kisah bapa ana...ayah ana seorang bapa tunggal yg tabah...susah nk cari lelaki mcm ni..semoga ayah ana selamat dunia dan akhirat.....
selamat hari bapa utk semua bapa2.....cheq pun syahdu baca cerita akak ni... semoga bapa akak dikurniakan kesihatan yg baik selalu.....
semalam cheq sambut hari bapa di rumah abah... cheq buat peach ciskek utk hubby & abg2 cheq & orange spongecake utk abah yg tak makan buttercream....
salam..k.ana..terharu baca citer k ana pasal ayah k.ana..lebih kurang mcm lina juga..arwah emak lina juga meninggal 18thn yg lepas..masa tu lina baru berumur 13 tahun..dan adik yg bongsu baru berusia 6 thn..lagi syahdu sebb lagi seminggu kita nak sambut raya aidilfitri..tp ayah lina kahwin lagi 3tahun lepas tu atas pujukan makcik2 sebb adik yg kecik tu..alhamdulillah ibu(ibu tiri) mmg baik..hubungan kami adik beradik gan ibu pun baik...sedih bila ingat semua tu lawalah kek2 coklat k.ana tu..mmg lina pernah beljar gan k.anis..dialah guru pertama. lina yg ajar deco2 nie..lina kat bdr perda.
teringat pada arwah pak mertua kita... berkobar2 semangat dia nak jaga kita dlm pantang, tapi terjadi sebaliknya... tp syukur dia lah jadi teman masa orang lain gi kerja...
Terharunya baca tentang ayah kak Ana ni..semoga ayah akak diberikan kesihatan yang baik..selamat hari bapa untuk ayah kak Ana sukanya tengok choc cake tu..look really yummy
kami celebrate father's day serentak dengan birthday aku dan mak juga aniversary aku dan emak. tarikh tu diawalkan sehari kerana nak meraikan father's day.alam kat ayahandamu
HAPPY FATHER'S DAY utk Pak Cik Abdul Rahman & En Elias..
sama la mcm Abah sy..kecik2 takut, dh besar ni kamceng woo..hehe..
eh kek Father's Day n kek Papa's Day je..kek Abah's Day xde? kono la sy buek nmpk gayo'eh ni..huhu..tp k-ana, camne nk buat ganache ganache ye..berkilat lak tu..
salam kak zana...trharu nyer baca ttg bapa kak zana nie...hmpir sama ngan kisah bapa mertua saya.cumer bezanya,bapa mrtua saya prgi dulu wlupun yg dah lama sakit tu mak mertua saya...tak sempat nak panggil bapa sebab pergi allahyarham swaktu pagi hari pada kami nikah tu.dan tak sempat mengenali lebih dekat ibu mrtua sebab dah lama sakit cuma mnghabiskn masa brbaring jer tnpa leh buat apa2 dek sakit parkinson..sedihnyerrr...
terharu kita baca apa yg ana tulis... sungguh besar jasa & pengorbanan ayah ana terhadap anak2nya & arwah mak ana... bertuah ana ada ayah yg begitu prihatin terhadap tanggungjawabnya pd anak2. selamat hari bapa buat ayah ana.. madiha dah takde ayah... ayah mertua pun sama.. rasa sedih tiap kali tiba hari bapa