By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jul-2008 23:03 Email | Share | Bookmark
MUFFIN COKLAT CIP




....mari kita buat muffin coklat cip pula....acapkali jugak Ana buat muffin tak jadi ...tapi kali ni memang jadi resipi dapat dari buku langkah demi langkah Chef Anuar 2.Memang sedap muffin ni....jom la kalau nak try... . Tak rugi tau mencuba.....paper cup tu Ana guna size 9.

MUFFIN COKLAT CIP
Sumber: Chef Anuar Deraman

Bahan-bahan
100gm telur
75 gula perang
75 gm gula kastor
150 ml susu
150 ml minyak masak
250gm tepung gandum
15 gm serbuk penaik
15 gm serbuk koko
100 gm coklat cip

Cara:-
1. Campurkan telur bersama gula perang dan gula kastor. Kacau sebati.
2. Masukkan susu dan minyak ke dalam adunan telur dan kacau rata.
3. Gaul tepung, serbuk penaik bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata.
4. Masukkan coklat cip dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup yg diletakkan di dalam acuan muffin
6. Bakar sehingga masak pada suhu 190C lebih kurang 20 minit.

Tips: adunan yg dimasukkan coklat cip tidak perlu dikacau terlalu lama kerana ini akan membuatkan coklat cip kembang dan adunan akan menjadi keras.

Quote:
Haniss: Sama la kita
aisyah: Mai nak tiup angin R tu....kasik rajin memanjang...
srsfeqah : cuba try hat ni pulak...
jasmeen: leh kembang ka kalo cekelat saja?...
zira : eh dekat ja kita ni, bila2 lalu sini..habaq la..leh kak ana masak apa-apa jamu zira..
kak rus : Ooo ya ka..tq kak rus
zanaz70 : tak yah beat...ikut ja resipi..InsyaAllah menjadi
zarabee : hmm nyummy
umie aisyah : jgn tenung ja lepas ni...cuba la try resipi lam buku tu...memang menjadi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net