Want your
own Fotopage?







 


By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jul-2008 13:01 Email | Share | Bookmark
RENDANG PEDAS KERANG

 
...Rendang Pedas Kerang, menu kesukaan suami ku.....tak larat..nak taip resipi ni...sori tiba-tiba tak sihat la pulak....ok la nanti la bila-bila nooo.....

ok kawan-kawan maaf yer kerana tak sempat nak update entry ni. Sebenarnya seminggu dua ni...memang tak berapa sihat...Ana dapat serangan macam kepala pening dan berpusing-pusing...rasa melayang ja sampai tak boleh nak buka mata...kadang-kadang tu rasa gelap mata dan nak pitam..macam nak jatuh. Ada satu malam tengah dok pukul telur nak bake kek tetiba kepala rasa pening sangat dan gelap pandangan...kaki pula rasa macam nak rebah..pijak pun rasa tak betul...memang kena tinggal semua dan pergi baring sekejap.

Selalunya kalu serangan tu datang sekali kita tak ler peduli sangat kan...ni bila 4-5 hari berturut-turut mula la naik cuak juga...Ana pulak memang jenis tekanan darah rendah...tapi takkan pasal tu kot....hati ni bimbang jugak...takkan pasal tak cukup tido kot?...kalau nak dikira ana pun tak ambil tempahan kalo hari bekerja...akan buat bila hari off day ja. Takut la pulak terkena penyakit lain pulak...

Nak gi jumpa Dr. la perkara yang paling malas...ah biar la baik sendiri nooo..Penyakit bukan boleh ambil kisah sangat kan...buat bodo jer......heheheh boleh ka buat bodo...Last-last kena gak jumpa Dr. and now Alhamdullilah...sedikit ok...

ok nak tepek resipi Rendang Pedas Kerang ni...menu ni Ana belajar dari MIL. Apa-apa masakan yg menjadi kegemaran hubby yg tu nak belajar dulu..sebelum ni pun memang tak tau yg kerang pun boleh buat rendang heheheheh tu la jenis rendang selalu ingat daging dan ayam jer...Dulu masa belum kawin ni nak masak rendang bila tunggu hari raya jer ...bila dah kahwin dan MIL selalu masak rendang as hidangan tengahari...buat rendang tu cam perkara biasa la pulak...

Selain kerang, Kepah, Lokan pun boleh buat rendang...kalo Ana balik kampung hubby.....suka buat rendang ni sebab kat sana boleh dapat kerang laut dari Port Weld. Kerang dia kecik-kecik dan manis...asli datang dari laut....tak macam kat Penang banyak yang kerang ternak...


Quote:
RENDANG PEDAS KERANG

1 kilo kerang (direbus dan diasing isi)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Kerisik secukupnya - nak sedap buat kerisik sendiri
2 keping asam keping
Daun kunyit

20 biji cili kering yg dibuang biji dan rendam lam air panas - yg ni ikut kepedasan masing-masing ya
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 batang serai - hubby tak suka banyak
sedikit lengkuas
sedikt kunyit hidup - kalo tak de pun tak pe
sedikit halia
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:-
1.Kisar semua bahan hingga halus
2. Panas minyak dan tumis bahan kisar hinggalah hilang bau dan garing. Masukkan asamkeping.
3. Masukkan santan, renihkan perlahan-lahan..bila gak kering masukkan kerang dan kerisik.
4. Akhir sekali masukkan kerang yg telah direbus dan daun kunyit

Adakalanya Ana suka mencampur cili padi untuk memberikan rasa yg lebih pedas
Adakalanya Ana suka juga blender sedikit kelapa bersama bahan tumis untuk memberikan kepekatan kepada rendang ni...
Daun kunyit boleh juga diganti dgn daun limau purut..tapi hubby ana tak suka bau daun tu...
Selain kerang ramuan ni boleh juga nak masak dgn daging, ayam ataupun udang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net