By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Oct-2008 00:05 Email | Share | Bookmark
Parcel dari Nuyui...dan Blueberry Cheesecake...

 
kiriman dari nuyui...
pic by Nadhirah
hmmm nyummy...
 
Nadhirah
ni gambar yg gua ambil....
..Salam semua...ni nak cerita sebelum raya hari tu gak...2-3 hari sebelum raya Ana mendapat kiriman parcel dari Nuyui..teman seperjuangan dalam dunia baking ni....Terima kasih Nuyui atas kiriman barang-barang tu...Bersusah payah gi beli kat ICCA tu pastu siap leh tolong poskan lagi lak..dah tu Nuyui kata dia hadiahkan semua barang-barang tu untuk Ana sebagai tanda persahabatan kami..... . Alhamdullilah semoga Nuyui terus sukses dan dimurahkan rezeki oleh Allah selalu.Aminn...

....Nuyui kirim cookies cutter, gold dust color dan juga fondant cutter...InsyaAllah pasni kak Ana akan cuba buat decorated cookies yg cantik-cantik macam Nuyui buat tu...mari kita jamu mata dgn barang2 tu...





Ni pula Blueberry Cheesecake buat masa raya keempat...saja-saja nak perabis creamcheese yg ada tu...gambar ni semua diambil oleh anak daraku Nadhirah...ok tak dia ambil gambar ni?..dia asik dok komplen yg mama tak reti ambik gambar la...tak cantik.. dia kata..biar dia yg ambik..amboiiii kemain lagi anak dara ku itewww ...esok besar nak jadi Photographer kot noo..cam ada talent gak tu.. . Cuba la buat ciskek ni...1 st time attempt pun dah menjadi....tu yg syiokkkk sgt tu...




Ha yg ni gambar dia yg Ana ambil...siap posing tunjuk peace lagi...hehehehe



Quote:
Blueberry Cheesecake
sumber: kek keju menawan Catherine Lau

Kulit
mentega 110gm dicairkan
biskut digestive 200gm dihancurkan halus-halus
gula perang 2 sudu besar mumbong
kepingan badam 50 gm dipanggang

Inti
krim keju 500gm didadu
mentega 30gm
gula caster 120gm
kulit lemon diparut daripada 1 biji lemon
jus lemon diperah daripada 1 biji lemon
tepung jagung 30gm - diayak
whipping cream 300ml - Ana guna jenis UHT whipping cream
telur 4 biji, dipukul sedikit
inti beri biru 150gm

Hiasan atas
serbuk gelatin 1 sudu teh
air 30ml
inti beri biru 150gm


cara:

Kulit: cairkan mentega di dalam periuk di atas api kecil. Masukkan biskut, gula perang dan badam dan gaulkan. Tekan adunan ini ke dalam acuan loyang 9" hingga padat. Tutup acuan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min.

Inti: Pukul keju krim dan mentega sehingga tidak berbintil-bintil. Tambah gula,kulit dan jus lemon dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati. Masukkan krim dan pukul sehingga adunan pekat. Tambah telur sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati.

2.Tuang separuh inti ini ke dalam kulit. Dengan berhati-hati, ratakan inti beri biru rata-rata di atas inti keju. tuang inti keju yg selebihnya ke atasnya.

3.Letak acuan ke dalam berisi air. Bakar selama 1 jam atau sehingga inti keras tetapi masih lembut di bahagian tengahnya. Tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 min.Keluarkan bekas air dari ketuhar. Biar kek betul-betul sejuk di dalam ketuhar dgn pintu direnggangkan sedikit.

4.Tutup acuan kek dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 6 jam.

Hias Atas: Tabur gelatin di dalam air dan biarkan selama 5 min. Kacau di atas api kecil sehingga campuran menjadi jernih. Masukkan inti beri biru dan kacau. Keluarkan kek dari acuan dan bubuh campuran gelatin dan beri biru diatasnya.Sejukan didalam petis sejuk sebelum dihidang...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net