By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Oct-2008 15:00 Email | Share | Bookmark
Tempahan...

choc moist with roses...
 
strawberry cuppies
edible birthday cake
apam kukus....rose mekar...
 
 
 
 
...Salam semua . Ini ada beberapa tempahan yg diterima minggu lepas...fuhhhh agak meletihkan tapi enjoy bila membuat dan seronok bila dapat order . Walaupun agak meletihkan kerana tempahan datang berturut-turut harinya namun mengenangkan permintaan customer..tak sampai hati pulak nak menolaknya...ye la kita bukannya dapat tempahan hari-hari pun kan..jadi bila dapat berturut-turut hari rasa seronok sangat...lagipun ana ni bekerja...balik keja malam baru leh buat semua ni...
Ada beberapa gambar lagi yg tak sempat nak diuploadkan...nanti ler di next entry....



...tempahan dari customer untuk isterinya yg tercinta...abang mahadir ni request bunga rose diatas kek tu...dah lama tak buat bunga rose ni...amacam ok tak bunga rose merah ni....?Kek choc moist with roses untuk suprise buat sang isteri...thanks yer Abang Mahadir...



...Strawberries cuppies ni ditempah oleh Mizi...untuk makan bersama family dan juga diberikan kepada kawan-kawan ofisnya....sik baik sekarang dah tak susah nak dapat strawberry sebab kat Tesco extra ada...kat Jusco pun dah ada...dah byk tempat leh dapat stoberi yg cantik-cantik



...Ni pulak tempahan untuk anak Amyriena yg nakkan gambar edible picture anaknya...celebration 3 in 1 katanya...birthday cum open house raya...Happy Birthday ya girl...


...Amy juga menempah mini cuppies ni....


...Apam kukus 100 biji juga untuk Amyriena..Terima kasih ya Amy diatas semua order-order tu....

Quote:
......Perhatian..kalo nak tempah edible picture tu kat penang dah ada....sila contact CT Hajar at 012-4640714 untuk sebarang tempahan edible image



Quote:
Untuk Feqah ni resipi apam kukus tu...akak tau feqahni rajin buat yg kukus-kukus....
Resipi apam rose mekar ni dapat dari blog Nabia aka Intan..rupanya Intan pun dapat dari sifu Kak Liza pulak..ok tima kasih kepada mereka...
APAM ROSE MEKAR/HALUS GEBU HANIELIZA
Bahan
3 biji telur
250 gm gula
100 ml santan atau fresh milk
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate pewarna [merah/hijau/kuning]
1 s/k vanila essense acuan kertas

Cara:
1. Telur dan gula di pukul sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan ovallate, santan ataufresh milk dan tepung gandum. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Masukkan pewarna dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. Biarkan mendideh.
5. Masukkan acuan kertas dalam acuan agar2 yang kecil.
6. Sudukan adunan yg berwarna-warni berselang seli kedalam acuan kertas.
7. Masukkan acuan kecil agar tu kedalam kukusan dan kukuskan selama 10 minit.
8. Bila dah masak, keluarkan kueh dari acuan kecil agar2 tadi dan hidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net