Want your
own Fotopage?



















 


By: zana raman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 7-Nov-2009 13:04 Email | Share | Bookmark
kelas cupcakes fondant...& CMC rose ganache Taiping..

sedang tekun..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
....Salam semua,antara hasil-hasil kelas fondant cupcakes baru-baru ni,kelas dihadiri oleh bekas pelajar basic dan juga pelajar baru. Antara yg hadir Lizuan dari Perlis,satu-satunya pelajar lelaki( dah dua kali attend kelas kak ana thanks Lizuan, bapa kepada seorang anak yg sangat meminati bidang baking dan dekorasi dan dah mula mengambil tempahan ..lepas ni berhajat nak join kelas variety baking cupcakes, ok tunggu ya akak set date nanti..lain-lain pelajar terdiri dari Izzan dan Sham(juga bekas pelajar basic), Dr. Noreha dan juga Kak Minah(bekas pelajar cheesecake)..terima kasih untuk semua..ana doakan semoga kalian berjaya hendaknya..



...1hb Nov, Ahad kelas kek coklat rose ganache bertempat di Banglo Puan Yati kat Taiping Resort..rasanya ini adalah kali ke empat ana turun mengajar di Taiping..Terima kasih Puan Yati yang tak jemu-jemu mengko-ordinasi kelas-kelas disana.. Antara yang hadir juga adalah terdiri dari bekas-bekas pelajar yang penah join kelas baking, fondant dan cookies kat sana...Disebabkan rumah beliau besar jadi kelas dapat dijalankan dengan selesa w/pun ramai yang join... . Untuk Puan Yati,jutaan terima kasih kerana mengundang ana ke sana..semoga kita bertemu lagi dilain kelas...kelas berjalan dari pagi hingga ke petang..so kelas pun habis awal maka kami dapat ler bergambar beramai-ramai...tak macam selalu..berebut semua nak balik...
..Untuk kelas hands on ni memang ana galak semua student buat sendiri, dari cara melepa kek, membuat ganache dan juga membuat bunga rose sendiri..masing-masing rasa teruja dan mencabar buat rose ni...namun dengan hasil tunjuk ajar ..Alhamdullilah masing-masing dapat buat sendiri bunga rose tu...syabas buat semua ya..jika nak tau tiada sekuntum pun bunga dari hasil ana..semuanya adalah dari hasil tangan mereka sendiri.... . ok mari kita lihat hasil mereka...



..dari kiri Hajar,Kak Bibah, Cikgu Zamilah, Cikgu Liza, Puan Yati, Cikgu Maznah, Fida dan Syikin...bergambar ramai-ramai didepan kek masing-masing..

ntah bila la nk leh join kelas kek nie...
Mon 9-Nov-2009 00:12
Posted by:waty  - [Link]
Tengok gambar aja dah nampak kemeriahan kelas tu..Syabas kak Ana...semoga maju dan terus maju Mon 9-Nov-2009 03:09
Posted by:Linda Kaoricake linda@kaoricake.com.my
Kalau ana ada dlm asetar ni..lama dah kmal join kelas2 ana ni...nak tambah ilmu. Mon 9-Nov-2009 11:36
Posted by:Kmal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
wah kak elianas....cantik nyer cup cake tu.....saya baru belajo buat cup cake....datang la kat fotopages saya dan berikanlah komen ye

zielalizan.fotopages.com
Tue 10-Nov-2009 01:27
Posted by:aziela zielalizan@yahoo.com
salam ana..
bila nak turun PJ pulak? mesti ramai yg nak join kelas ana.. teringin juga nak belajar wat rose ganache tu.. kalau ada.. jangan lupa bagitau yekk
(nak offer buat kelas kat rumah pun tak buleh.. coz rumah ku sempit gilerrr.. )
Tue 10-Nov-2009 03:21
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Cantik semua kek tu...tompang iklan ye..
Hand Bag (Baru) untuk dijual..RM39.90 shj..sesuai tuk pg dinner n majlis perkahwinan
Pakej perkahwinan pada harga menarik..sila kunjungi http://masandamanpengantin.blogspot.com untuk lihat pilihan..
Tue 10-Nov-2009 06:48
Posted by:sity sity_azar@yahoo.com.my  - [Link]
adoihh..teringinnyaaa nak join kelas camni..Kak Ana, boleh kaa attend kelas ni terus or kena attend basic class dulu..huuhuhuuu Tue 10-Nov-2009 07:50
Posted by:Imma immasurya@gmail.com  - [Link]
PROMOSI MANJE D`BEAUTY...BELI 3 K0TAK RM200 SAHAJA..
MAKANAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA MASA KINI..
RAHSIA WANITA SEJATI..
NK TAU LEBIH LANJUT????
http://babycuna.fotopages.com
Tue 10-Nov-2009 14:30
Posted by:babycuna


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.