 |
|
Want your own Fotopage?

|
|

By: zana raman
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 21-Nov-2009 06:52 |
Email | Share | Bookmark |
|
Penjelasan...
|
|
Assalamualaikum semua..kehidupan kita ini memang tak pernah sunyi dari dugaan Allah SWT. Sebagai manusia biasa dan juga hamba Allah memang kita tidak pernah lari dari diuji. Ujian yang datang tanpa kita duga, samada ianya berat atau ringan.sahaja..sebagai manusia adakala kita kena pasrah dan bersabar dengan ketentuanNya.Kena banyak bersabar kerana sabar adalah senjata orang mukmin setiap kali ditimpa musibah cara yang terbaik hanyalah beristhfar banyak-banyak sambil bermusahabah diri.
Kerana memikirkan ini adalah fotopagesku maka apa yang nak kuluahkan adalah hak aku untuk apa saja yang aku rasa perlu untuk aku zahirkan perasaan ku disini. Memang aku tidak pandai menulis berbasa basi, tulisan di fotopages adakalanya seringkas mungkin..kerana aku suka ayat ringkas dan mudah untuk semua. Kerana memikirkan fp ku ini tidak sahaja dikunjungi oleh kawan2 fp, ada juga dikalangan silent reader yang selalu mengunjunji fp ni..maka aku rasa wajar untuk aku memperbetulkan segala fakta dari aku berdiam diri bila dilemparkan komen yang tak berasas…
Aku menghargai segala komen-komen dan coretan dari teman-teman dan pengunjung yang mengunjungi fp ku ini, terima kasih buat semua yang sudi datang bertandang dan meninggalkan komen-komen anda..
Namun sebagai tuanpunya fp aku berasa berhak untuk membetulkan dan juga menjelaskan apa juga fakta supaya orang lain tidak terlalu mudah meletakkan persepsi buruk mereka keatas seseorang tanpa menyelidiki sepenuhnya fakta yang dikemukakan..
Banyak orang lebih terpengaruh mendengar cerita dari “hear say” mengenai sesuatu cerita dari memahami apa yang sebenarnya terjadi..ini sangat bahaya kerana jika selalu mendengar fakta yang belum tentu benarnya maka kita akan selalu tengelam dalam persepsi buruk sendiri terhadap sesuatu benda.
Sudah menjadi sifatku untuk tidak sekali-sekali judge sesorang dari kulit, kerana aku tahu manusia ni berbeda luaran dan dalaman..begitu juga setiap komen yang dilemparkan..aku selalunya kan mengkaji terlebih dahulu..jangan menghukum sebelum terbukti bersalah…masalahnya orang kita suka menghukum dahulu sebelum benar-benar terbukti bersalah..
Lagi satu jika nak memberi komen terhadap seseorang biarlah perkara tu spesifik dan juga realistic..apa tu spesifik?..dan apa itu realistic?..ok disini aku ceritakan serba sedikit..baru-baru ini aku menerima komen dari seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai CD, yang pasti CD menggunakan nama samaran untuk menulis komen di fp ku ini..bermula dari komen yang agak sinikal..berbunyi seolah-olah terperanjat dengan harga cistat ku…ok aku masih boleh menerimanya dan berusaha menjawab komen tersebut dengan cara berhemah..selepas tu katanya lagi..kat kedai tempat aku jual murah ja..dia pun buat dari pure butter anchor brand gak macam yang awak buat dan juga penuh dgn cheese…ambik untung sikit ja..nak berniaga ni kena ikhlas…ada lagi ayat-ayat ni tapi ini adalah antara ayat-ayat yang sangat terkesan dilubuk sanubariku..apa pandangan anda tentang komen ini?? jika anda semua rasa..ikhlaskah komen orang seperti CD terhadap aku?....atau sengaja bermaksud tidak baik terhadap aku?… menasihatkan aku supaya bersifat ikhlas padahal diri sendiri pun tidak ikhlas memberi komen..jika betul CD ni ikhlas kenapa mesti meletakkan nama samaran di komen tu?..kenapa tidak dedahkan nama sendiri, nama kedai dan lokasi kepada ku supaya aku boleh untuk pergi buat survey..???kenapa tidak nyatakan secara spesifik untuk aku pergi melihat sendiri???…ayuh jika nak memberi komen yang membina biarlah komen itu bersifat rasional dan realistic….jangan hanya boleh berkata eh kat situ lagi murah..kat sinun pun lagi murah…tapi hakikatnya kosong…ini bukannya jenaka yang boleh dibuat main..ini bersangkutan dengan maruah seseorang…..jika pun tidak berpuas hati kenapa mesti nak menghentam ..puaskah hati kita??? , wajarkah perbuatan kita seperti itu??..adilkah perbuatan kita??apa yang pasti CD ni pun tak pernah membeli cistat ku juga..aduhhh…
Aduhai…tahukah anda diluar sana bahawa sebelum meletakkan harga untuk sesuatu produk, aku rasa tiap orang yang berniaga seperti aku akan membuat costing dan juga survey..ini adalah untuk mengimbangi harga kita berada sama dengan yang orang lain jual…setelah berpuas hati yang range harga kita berada sama seperti orang lain maka harga itulah yang akan diputuskan…ini yang selalu aku praktiskan dan aku pelajari dari sifu-sifuku dan juga kawan-kawan ku..sebelum aku meletakkan harga cistat tu aku telah bertanya dengan KDC dan juga ZANAZ serta beberapa bakers yang lain…kedua-dua meraka pun meletakkan harga yang sama seperti size cistat yang aku jual…harga mengikut size tart..jadi aku tidak merasakan yang aku terlebih dari segi harga..
Selama 2 tahun aku terjun dalam bidang ni, inilah kali pertama aku terima komen seperti ini. Bukan aku pinta pujian dari semua pelanggan ku…cukuplah dengan sokongan yang aku terima sudah memadai buat untuk aku teruskan perjuangan dalam bidang ini…jika anda semua perasan ,tidak pernah sekali pun aku meletakkan sms pujian dari customerku..kerana aku merasakan tidak elok untuk aku menceritakan difp sendiri..takut dikatakan syok sendiri dan riak..biarlah hanya aku yang tahu .....
Sebagai manusia aku masih boleh menerima komen-komen yang membina tapi biarlah ianya realistic dan juga spesifik…aku juga tidak mudah melatah hanya kerana ni…malah kata nasihat, kata-kata perangsang dan sorongan dari teman-teman dan customerku lebih menguatkan keazaman dalam diri untuk terus menghasilkan produk yang halal dan terbaik untuk sesama muslim kita….jika kita asyik menghentam sampai bila pun kita tidak akan maju…hanya pembuat kek seperti aku yang mengerti pahit getir perjuangan biz kecil seperti ini..apa pun yang pasti aku perlu untuk menjawab dan menjelaskan perkara yang sebenar…terima kasih buat semua kerana meluangkan masa membaca coretan ini..
| Quote: | | TERIMA KASIH SEMUA TEMAN-TEMAN DI ATAS KIRIMAN EMEL, SMS DAN YM BUAT SAYA. SAYA AMAT MENGHARGAI SEMUA SOKONGAN ANDA.. |
TERKINI MENGENAI KELAS:-
NOV
15hb Nov - kelas basic cupcakes DAN KELAS FONDANT CUPCAKES - FULL
22hb Nov - Kelas Coklat moist cake with rose ganache - hands on - FULL
DEC
6hb Dis - Kelas Demo Cheesecake - dibuka atas permintaan - OPEN(sila booking tempat anda)
18hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
20hb Dis - Kelas basic cupcakes - OPEN
25hb Dis - Kelas CMC rose ganache - OPEN
27hb Dis - Kelas fondant cupcakes - OPEN
ok jika yang berminat sila call or sms or emel kepada ana ya 019-4741363..thanks.. . Sila book tempat anda dan pengesahan seat hanya selepas pembayaran desposit diterima. Harap maklum[b]
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|